Jumaat, 26 September 2014

PERAMBAHAN BRUNEI

PERAMBAHAN BRUNEI

Perambahan Brunei ialah sejenis peribahasa yang mengandungi makna tertentu dan berunsur nasihat, pengajaran dan bahasa kiasan. Perambahan Brunei mengandungi simpulan bahasa, bidalan dan perumpamaan. Berikut ialah contoh-contoh perambahan Brunei.


Bil

Perambahan Brunei


Maksud:

Contoh ayat:
1
Ambuk tunggal
Orang yang tidak disukai dan biasanya dipulaukan.
Dia adalah ambuk tunggal kerana tabiatnya suka membesar-besarkan diri.
2
Cakap ambur-ambur
Bercakap sembarangan.
“ Jangan cakap ambur-ambur, nanti buruk padahnya “ nasihat nenek pada adik.
3
Guring limpang
Bertungkus lumus bekerja.

Dia guring limpang menyiapkan baju tempahan orang itu.
4
Jadi sasaban
Menjadi sebab atau alasan.
Hujan lebat jadi sasaban untuk Dollah tidak hadir ke sekolah pada hari ini.
5
Kambang bulu
Berasa ngeri atau seram.

Kami kambang bulu semasa melintasi tanah perkuburan itu.
6
Macam bara pacah di tambak
Langsung menjadi sepi apabila orang yang digalati hadir.
Pertengkaran mereka terhenti macam bara pacah di tambak apabila melihat kelibat ayah mereka melintas.
7
Otak ambuyat
Lembab berfikir.
“ Awak ni betul-betul otak ambuyat, dua campur dua pun awak tak tahu,” herdik Cikgu Ali kepada Rajoo.
8
Pacah-pacah bigi
Tidak lancar ( membaca ).

Siew Lan boleh membaca tetapi pacah-pacah bigi.
9
Amas tampawan
Orang yang sangat dikasihi.

Jamilah adalah amas tampawan bagi kedua-dua ibu-bapanya.
10
Ayam sigun
Orang yang handal, pendekar atau orang yang suka berkelahi.
Ramesh adalah merupakan ayam sigun bagi Kampung Burung Pingai Ayer.
11
Capak pahang
Makanan keperluan harian.
Perbelanjaan capak pahang bagi keluarga Idris pada bulan ini sangat meningkat.
12
Jahat rasa
Kurang sihat.
Dania tidak dapat hadir ke sekolah pada hari ini kerana dia jahat rasa sejak petang semalam.
13
Lamah liat
Lambat pergerakkan.

Dia seorang yang lamah liat ketika disuruh membuat kerja.
14
Luncit dua sepanggalan
Suka bermuka-muka.
Orang yang luncit dua sepanggalan ialah orang yang tidak boleh dipercayai.
15
Seangkat-angkat ati/hati
Seikhlas hati.
Jika hendak memberi derma kepada anak-anak yatim,  biarlah seangkat-angkat hati agar amalan kita itu mendapat keberkatan.


Rujukan : Buku Peribahasa Menengah 3.



Rabu, 24 September 2014

TATABAHASA : AYAT BIASA / AYAT SONGSANG


  • Ayat-ayat dalam bahasa melayu boleh disusun dengan dua cara, susunan biasa dan susunan songsang.
  • Ayat-ayat biasa terbentuk daripada susunan biasa, manakala ayat songsang terbentuk daripada susunan songsang.
  • Ayat biasa dan songsang mempunyai makna yang sama. Ayat-ayat itu hanyalah berbeza dari segi penekanannya.
  • Untuk membezakan ayat biasa daripada ayat songsang, kita mestilah mengkaji susunan subjek dan predikat dalam sesuatu ayat itu.
  • Ayat biasa mempunyai susunan predikat yang mendahului subjeknya.
  • Susunan ayat biasa dan ayat songsang dapat dilihat seperti di bawah :



AYAT BIASA ----à  SUBJEK + PREDIKAT


AYAT SONGSANG -----à PREDIKAT + SUBJEK



Contoh :

Ayat Penyata


AYAT BIASA
AYAT SONGSANG
SUBJEK
PREDIKAT
SUBJEK
PREDIKAT
Penduduk Kampung A
sangat peramah
Sangat peramah
penduduk Kampung A
Kakak saya
seorang guru
Seorang guru
kakak saya
Itu
pokok durian
Pokok durianlah
itu

·         Kata penegas –lah yang terdapat dalam ayat songsang di atas bertujuan member penekanan kepada predikat dalam ayat penyata.



Ayat Tanya


AYAT BIASA
AYAT SONGSANG
SUBJEK
PREDIKAT
SUBJEK
PREDIKAT
Anaknya
sedang buat apa?
Sedang buat apa
anaknya?
Mereka
hendak ke mana?
Hendak ke mana
mereka?
Hadiah ini
untuk siapa?
Untuk siapakah
hadiah ini?

·         Kata penegas kah yang terdapat dalam ayat songsang di atas bertujuan member penekanan kepada predikat dalam ayat Tanya.

Ayat Pasif 

AYAT BIASA
AYAT SONGSANG
SUBJEK
PREDIKAT
SUBJEK
PREDIKAT
Bilik-bilik itu
Sudah saya bersihkan.
Sudah saya sapu
bilik-bilik itu
Masjid itu
dibina oleh datuk saya.
Dibina oleh datuk saya
masjid itu
Baju-bajunya
belum bergosok.
Belum bergosok
baju-bajunya


  • Contoh-contoh di atas menunjukkan bahawa ayat songsang boleh dibentuk daripada ayat biasa.

  •  Ayat-ayat songsang boleh dibentuk daripada ayat biasa dengan dua cara iaitu :

(a)   Pendepanan Seluruh Predikat

·   Dalam proses ini, seluruh predikat di dalam ayat biasa dibawa ke hadapan mendahului subjek. Unsur-unsur predikat dalam ayat-ayat songsang dipindahkan ke hadapan mendahului subjek untuk memberikan penegasan kepadanya. Dengan lain perkataan, bahagian yang dibawa ke hadapan itu menjadi tumpuan dalam ayat songsang.


Contoh :

AYAT BIASA
AYAT SONGSANG
    Baju dan seluar saya belum bergosok.
    Pelajar perempuan itu sangat rajin.
    Pekerja-pekerja kilang itu sudah pulang
     
    Kerani pejabat itu masih belum sampai.
    Rumah saya terletak berhampiran dengan sebuah kedai buku.
Belum bergosok baju dan seluar saya.
Sangat rajin pelajar perempuan itu.
Sudah pulang pekerja-pekerja kilang itu?
Masih belum sampai kerani pejabat itu?
Terletak berhampiran dengan sebuah kedai buku rumah saya.



(b)   Pendepanan Sebahagian daripada Predikat

  • Dalam proses ini, sebahagian daripada predikat di dalam ayat biasa dibawakan ke hadapan mendahului subjek.
  • Terdapat tiga bahagian dalam predikat yang dapat didepankan dalam proses ini :

( a ) Pendepanan frasa kerja

( b ) Pendepanan frasa adjektif

( c ) Pendepanan frasa sendi nama



AYAT BIASA
AYAT SONGSANG

       Atan bekerja pada tiap-tiap hari.
       Dia menulis surat di bilik.
       Budak kecil itu sedang menangis.
( a )     Pendepanan Frasa Kerja
Bekerja Atan pada tiap-tiap hari.
Menulis surat dia di bilik.
Sedang menangis budak kecil itu.


     Dia terkejut apabila mendengar   berita itu.
        Kamal sedang sakit tenat di hospital.
        Bangunan itu masih teguh lagi walaupun dibina suku abad dahulu.
( b )     Pendepanan Frasa Adjektif
Terkejut dia apabila mendengar berita itu.
Sedang sakit tenat Kamal di hospital.
Masih teguh lagi bangunan itu walaupun di bina suku abad dahulu.


     Karim pergi ke perpustakaan untuk mengulangkaji pelajarannya.
     Soke Lee di Pulau Pinang pada masa ini.
       Dia memotong kek itu dengan sebilah  pisau.

( c )     Pendepanan Frasa Sendi Nama
Ke perpustakaan Karim pergi untuk      mengulangkaji pelajarannya.
Di Pulau Pinang Soke Lee pada masa ini.

Dengan sebilah pisau dia memotong kek itu.



Cara Mencapai Kecemerlangan SPM, Terbitan Preston, Kuala Lumpur, 1994.




Ahad, 21 September 2014

LATIHAN TATABAHASA : JENIS - JENIS AYAT

Nyatakan sama ada ayat ini  ayat penyata,  ayat perintah,  ayat tanya atau  ayat seruan.


1. Bagaimanakah gerhana bulan terjadi? 

2. Mak! Mak! Adik terjatuh ke dalam longkang.

3. Minta hadirin sekelian bertenang sebentar.

4. Air terbentuk daripada gas oksigen dan hidrogen.

5. Mukanya merah padam kerana dimarahi oleh guru.

6. Oh, buku saya tertinggal di rumah.

7. Sila hubungi saya jika ada sebarang masalah.

8. Mengapakah polis menahan pemandu lori itu?

9. Tolong tanam pokok-pokok bunga ini ke dalam pasu.

10. Pekerja itu sedang membersihkan kawasan kilang itu.



Sabtu, 20 September 2014

MERUMUS KARANGAN

1. Pelajar akan diberikan suatu bahan grafik seperti carta, gambar/foto, gambar rajah, jadual, pelan, peta dan sebagainya.

2. Berdasarkan bahan grafik tersebut, pelajar dikehendaki membuat rumusan ( penerangan /laporan ). Panjang rumusan hendaklah 80 patah perkataan ataupun bergantung pada kehendak soalan. Oleh itu, penting bagi penuntut agar membaca dan meneliti soalan terlebih dahulu sebelum menjawabnya.

3. Bahan ransangan yang diberikan hanya sebagai penduan dan membantu pelajar untuk mencetuskan idea bagi menulis jawapan berpandukan tema yang diberi.

4. Pelajar bebas menulis perkara yang berkaitan dengan bahan grafik. Pelajar tidak perlu menjawab dengan menghuraikan secara mendalam dan terperinci.

5. Pelajar perlu menulis rumusan dalam satu perenggan sahaja iaitu merangkumi pendahuluan, isi dan penutup.

6. Pelajar perlu membahagikan isi kepada dua bahagian iaitu: isi tersurat ( perkara-perkara yang dilihat di dalam bahan grafik ) dan isi tersirat ( perkara yang perlu difikirkan ).

7. Gunakan kosa kata yang tepat dan sesuai dengan ayat yang gramatis dan mudah difahami.




CONTOH SOALAN RUMUSAN 



Kaji carta pai di bawah dengan teliti, kemudian buat rumusan mengenainya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.



PERATUSAN JENIS KESALAHAN DISIPLIN DI KALANGAN PELAJAR DI SEKOLAH X