Sabtu, 20 September 2014

MERUMUS KARANGAN

1. Pelajar akan diberikan suatu bahan grafik seperti carta, gambar/foto, gambar rajah, jadual, pelan, peta dan sebagainya.

2. Berdasarkan bahan grafik tersebut, pelajar dikehendaki membuat rumusan ( penerangan /laporan ). Panjang rumusan hendaklah 80 patah perkataan ataupun bergantung pada kehendak soalan. Oleh itu, penting bagi penuntut agar membaca dan meneliti soalan terlebih dahulu sebelum menjawabnya.

3. Bahan ransangan yang diberikan hanya sebagai penduan dan membantu pelajar untuk mencetuskan idea bagi menulis jawapan berpandukan tema yang diberi.

4. Pelajar bebas menulis perkara yang berkaitan dengan bahan grafik. Pelajar tidak perlu menjawab dengan menghuraikan secara mendalam dan terperinci.

5. Pelajar perlu menulis rumusan dalam satu perenggan sahaja iaitu merangkumi pendahuluan, isi dan penutup.

6. Pelajar perlu membahagikan isi kepada dua bahagian iaitu: isi tersurat ( perkara-perkara yang dilihat di dalam bahan grafik ) dan isi tersirat ( perkara yang perlu difikirkan ).

7. Gunakan kosa kata yang tepat dan sesuai dengan ayat yang gramatis dan mudah difahami.




CONTOH SOALAN RUMUSAN 



Kaji carta pai di bawah dengan teliti, kemudian buat rumusan mengenainya tidak kurang daripada 80 patah perkataan.



PERATUSAN JENIS KESALAHAN DISIPLIN DI KALANGAN PELAJAR DI SEKOLAH X





4 ulasan:

  1. bolehkah cikgu beri jawaban tak terima kasih banyak banyak

    BalasPadam
  2. Boleh tak cg bagi contoh jwpn sbgai panduan?

    BalasPadam
  3. Boleh tak cg bagi contoh jawapan?
    Terina kasih sblumnya

    BalasPadam
  4. Blh kh cg beri jawapan,saya nak bt panduan semasa bljr terutamanya buat rumusan

    BalasPadam