Rabu, 24 September 2014

TATABAHASA : AYAT BIASA / AYAT SONGSANG


  • Ayat-ayat dalam bahasa melayu boleh disusun dengan dua cara, susunan biasa dan susunan songsang.
  • Ayat-ayat biasa terbentuk daripada susunan biasa, manakala ayat songsang terbentuk daripada susunan songsang.
  • Ayat biasa dan songsang mempunyai makna yang sama. Ayat-ayat itu hanyalah berbeza dari segi penekanannya.
  • Untuk membezakan ayat biasa daripada ayat songsang, kita mestilah mengkaji susunan subjek dan predikat dalam sesuatu ayat itu.
  • Ayat biasa mempunyai susunan predikat yang mendahului subjeknya.
  • Susunan ayat biasa dan ayat songsang dapat dilihat seperti di bawah :



AYAT BIASA ----à  SUBJEK + PREDIKAT


AYAT SONGSANG -----à PREDIKAT + SUBJEK



Contoh :

Ayat Penyata


AYAT BIASA
AYAT SONGSANG
SUBJEK
PREDIKAT
SUBJEK
PREDIKAT
Penduduk Kampung A
sangat peramah
Sangat peramah
penduduk Kampung A
Kakak saya
seorang guru
Seorang guru
kakak saya
Itu
pokok durian
Pokok durianlah
itu

·         Kata penegas –lah yang terdapat dalam ayat songsang di atas bertujuan member penekanan kepada predikat dalam ayat penyata.



Ayat Tanya


AYAT BIASA
AYAT SONGSANG
SUBJEK
PREDIKAT
SUBJEK
PREDIKAT
Anaknya
sedang buat apa?
Sedang buat apa
anaknya?
Mereka
hendak ke mana?
Hendak ke mana
mereka?
Hadiah ini
untuk siapa?
Untuk siapakah
hadiah ini?

·         Kata penegas kah yang terdapat dalam ayat songsang di atas bertujuan member penekanan kepada predikat dalam ayat Tanya.

Ayat Pasif 

AYAT BIASA
AYAT SONGSANG
SUBJEK
PREDIKAT
SUBJEK
PREDIKAT
Bilik-bilik itu
Sudah saya bersihkan.
Sudah saya sapu
bilik-bilik itu
Masjid itu
dibina oleh datuk saya.
Dibina oleh datuk saya
masjid itu
Baju-bajunya
belum bergosok.
Belum bergosok
baju-bajunya


  • Contoh-contoh di atas menunjukkan bahawa ayat songsang boleh dibentuk daripada ayat biasa.

  •  Ayat-ayat songsang boleh dibentuk daripada ayat biasa dengan dua cara iaitu :

(a)   Pendepanan Seluruh Predikat

·   Dalam proses ini, seluruh predikat di dalam ayat biasa dibawa ke hadapan mendahului subjek. Unsur-unsur predikat dalam ayat-ayat songsang dipindahkan ke hadapan mendahului subjek untuk memberikan penegasan kepadanya. Dengan lain perkataan, bahagian yang dibawa ke hadapan itu menjadi tumpuan dalam ayat songsang.


Contoh :

AYAT BIASA
AYAT SONGSANG
    Baju dan seluar saya belum bergosok.
    Pelajar perempuan itu sangat rajin.
    Pekerja-pekerja kilang itu sudah pulang
     
    Kerani pejabat itu masih belum sampai.
    Rumah saya terletak berhampiran dengan sebuah kedai buku.
Belum bergosok baju dan seluar saya.
Sangat rajin pelajar perempuan itu.
Sudah pulang pekerja-pekerja kilang itu?
Masih belum sampai kerani pejabat itu?
Terletak berhampiran dengan sebuah kedai buku rumah saya.



(b)   Pendepanan Sebahagian daripada Predikat

  • Dalam proses ini, sebahagian daripada predikat di dalam ayat biasa dibawakan ke hadapan mendahului subjek.
  • Terdapat tiga bahagian dalam predikat yang dapat didepankan dalam proses ini :

( a ) Pendepanan frasa kerja

( b ) Pendepanan frasa adjektif

( c ) Pendepanan frasa sendi nama



AYAT BIASA
AYAT SONGSANG

       Atan bekerja pada tiap-tiap hari.
       Dia menulis surat di bilik.
       Budak kecil itu sedang menangis.
( a )     Pendepanan Frasa Kerja
Bekerja Atan pada tiap-tiap hari.
Menulis surat dia di bilik.
Sedang menangis budak kecil itu.


     Dia terkejut apabila mendengar   berita itu.
        Kamal sedang sakit tenat di hospital.
        Bangunan itu masih teguh lagi walaupun dibina suku abad dahulu.
( b )     Pendepanan Frasa Adjektif
Terkejut dia apabila mendengar berita itu.
Sedang sakit tenat Kamal di hospital.
Masih teguh lagi bangunan itu walaupun di bina suku abad dahulu.


     Karim pergi ke perpustakaan untuk mengulangkaji pelajarannya.
     Soke Lee di Pulau Pinang pada masa ini.
       Dia memotong kek itu dengan sebilah  pisau.

( c )     Pendepanan Frasa Sendi Nama
Ke perpustakaan Karim pergi untuk      mengulangkaji pelajarannya.
Di Pulau Pinang Soke Lee pada masa ini.

Dengan sebilah pisau dia memotong kek itu.



Cara Mencapai Kecemerlangan SPM, Terbitan Preston, Kuala Lumpur, 1994.




44 ulasan:

  1. Padat dan tepat....bravo.....hehehe

    BalasPadam
  2. shafiq harmi kate molek benolah kalau camni

    BalasPadam
  3. saya sayang kawan2 saya kelas 4 IA especially gurls

    BalasPadam
  4. assalamualaikum papa:papa free tak baby nak mintak tolong beli barang kat bazar ramadan

    BalasPadam
  5. nanti kalau nak balik papa beli ayam turkey

    BalasPadam
  6. papa ni x phm bahasa melayu la.. orang kata barang bukan makanan.. orang suruh belikan charger ni, charger rosak lagi

    BalasPadam
  7. Sangat Berguna! Exam minggu depan dibantu oleh ini!

    THANKSS

    BalasPadam
  8. Pengguna haruslah berhati-hati ketika memuat naik gambar ke laman sosial.
    Apa Jawapan Ini?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya hanya mencuba. kalau salah mohon betulkan.

      Ketika memuat naik gambar ke laman sosial haruslah pengguna berhati-hati.

      rasenye lah.kalau salah betulkan. (^.^)

      Padam
    2. Haruslah berhati-hati pengguna ketika memuat naik gambar ke laman sosial. Saya pon cuba je

      Padam
  9. Kalau "Ali bermain bola" akan menjadi "bermain bola Ali" atau "bermain bola oleh Ali"..... Perlukah kita tambah "oleh"?

    BalasPadam
  10. saya suka jenis jenis ayat ini

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum kepada anda semua .Saya masih belajar di SMK Banang Jaya

    BalasPadam
  12. Assalamualaikum kepada anda semua .Saya masih belajar di SMK Banang Jaya

    BalasPadam
  13. saya suka jenis jenis ayat ini

    BalasPadam
  14. ALHAMDULILLAH, perkongsian ini menambahkan pengetahuan saya. terima kasih banyak2 cikgu

    BalasPadam
  15. This is really helpful thanks!!

    BalasPadam
  16. Saya berasal dari Indonesia ingin mempelajari ayat songsang (dalam bahasa Indonesia adalah "kalimat inversi". Sebenarnya kita ini semuanya adalah ras Melayu. Jaid, lihat pada https://en.wikipedia.org/wiki/Mongoloid, https://en.wikipedia.org/wiki/Malaysian_diaspora, https://en.wikipedia.org/wiki/Overseas_Indonesians, atau https://id.wikipedia.org/wiki/Daftar_tokoh_keturunan_atau_kelahiran_Indonesia (tentang tokoh-tokoh Indonesia yang lahir secara blasteran atau tidak [seperti halnya dengan isteri Mahathir Mohamad dan beberapa orang yang lainnya]).

    BalasPadam
  17. https://en.wikipedia.org/wiki/Overseas_Singaporean, https://en.wikipedia.org/wiki/Filipinos, https://en.wikipedia.org/wiki/Thai_people, https://en.wikipedia.org/wiki/Taiwanese_people

    BalasPadam