Jumaat, 26 September 2014

PERAMBAHAN BRUNEI

PERAMBAHAN BRUNEI

Perambahan Brunei ialah sejenis peribahasa yang mengandungi makna tertentu dan berunsur nasihat, pengajaran dan bahasa kiasan. Perambahan Brunei mengandungi simpulan bahasa, bidalan dan perumpamaan. Berikut ialah contoh-contoh perambahan Brunei.


Bil

Perambahan Brunei


Maksud:

Contoh ayat:
1
Ambuk tunggal
Orang yang tidak disukai dan biasanya dipulaukan.
Dia adalah ambuk tunggal kerana tabiatnya suka membesar-besarkan diri.
2
Cakap ambur-ambur
Bercakap sembarangan.
“ Jangan cakap ambur-ambur, nanti buruk padahnya “ nasihat nenek pada adik.
3
Guring limpang
Bertungkus lumus bekerja.

Dia guring limpang menyiapkan baju tempahan orang itu.
4
Jadi sasaban
Menjadi sebab atau alasan.
Hujan lebat jadi sasaban untuk Dollah tidak hadir ke sekolah pada hari ini.
5
Kambang bulu
Berasa ngeri atau seram.

Kami kambang bulu semasa melintasi tanah perkuburan itu.
6
Macam bara pacah di tambak
Langsung menjadi sepi apabila orang yang digalati hadir.
Pertengkaran mereka terhenti macam bara pacah di tambak apabila melihat kelibat ayah mereka melintas.
7
Otak ambuyat
Lembab berfikir.
“ Awak ni betul-betul otak ambuyat, dua campur dua pun awak tak tahu,” herdik Cikgu Ali kepada Rajoo.
8
Pacah-pacah bigi
Tidak lancar ( membaca ).

Siew Lan boleh membaca tetapi pacah-pacah bigi.
9
Amas tampawan
Orang yang sangat dikasihi.

Jamilah adalah amas tampawan bagi kedua-dua ibu-bapanya.
10
Ayam sigun
Orang yang handal, pendekar atau orang yang suka berkelahi.
Ramesh adalah merupakan ayam sigun bagi Kampung Burung Pingai Ayer.
11
Capak pahang
Makanan keperluan harian.
Perbelanjaan capak pahang bagi keluarga Idris pada bulan ini sangat meningkat.
12
Jahat rasa
Kurang sihat.
Dania tidak dapat hadir ke sekolah pada hari ini kerana dia jahat rasa sejak petang semalam.
13
Lamah liat
Lambat pergerakkan.

Dia seorang yang lamah liat ketika disuruh membuat kerja.
14
Luncit dua sepanggalan
Suka bermuka-muka.
Orang yang luncit dua sepanggalan ialah orang yang tidak boleh dipercayai.
15
Seangkat-angkat ati/hati
Seikhlas hati.
Jika hendak memberi derma kepada anak-anak yatim,  biarlah seangkat-angkat hati agar amalan kita itu mendapat keberkatan.


Rujukan : Buku Peribahasa Menengah 3.



24 ulasan:

  1. Asalamualaikum cikgu Farah, di mana kiranya aq ble dapatkan buku perambahan brunei?

    BalasPadam
  2. Sangat baik dan bergunađź–’

    BalasPadam
  3. apa maksud "sesuatu yang muktamad" for perambaan brunei

    BalasPadam
  4. apa maksud 'inda menulus tangga'?

    BalasPadam
    Balasan
    1. datang dan pergi dalam keadaan kelam kabut

      Padam
  5. Balasan
    1. perundingan atau persetujuan

      Padam
  6. Perabok apa artinya

    BalasPadam
  7. Nda pandai belajar.. tuyu...

    BalasPadam
  8. besatur apa maksudnya

    BalasPadam
  9. Bertampong tampong bubus

    BalasPadam