Sabtu, 16 Jun 2012

MERINGKAS KARANGAN


Pengenalan: 

Apakah tujuan ringkasan ?

  1. Menguji kebolehan pelajar membuat ringkasan / nota.
  2. Menguji  pemahaman pelajar terhadap teks yang dibacanya.
  3. Membolehkan seseorang pelajar mengetahui sesuatu cerita dengan cepat.
  4. Dapat mengarang semula petikan dengan menggunakan ayat sendiri.


Konsep ringkasan :


  • Meringkaskan berdasarkan petikan rencana, cerita atau berita. 
  • Tujuan meringkas karangan adalah untuk menguji kemahiran mengenal pasti isi-isi penting.
  • Pembahagian markah  dibuat berdasarkan ketepatan isi, kebakuan bahasa dan kejalinan idea ( teknik)
  • Markah akan ditolak jika melakukan kesalahan ejaan dan menulis melebihi had perkataan yang ditetapkan.
  • Ringkasan yang dihasilkan melalui salinan ayat demi ayat daripada petikan asal tidak digalakkan bahkan penggunaan ayat sendiri sangat diberikan perhatian.





Proses/format meringkas karangan :



  • Baca keseluruhan petikan rencana sebanyak dua kali (sekurang-kurangnya) untuk memahami maksud keseluruhan teks. 
  • Tentukan tema/pokok persoalan petikan. 
  • Selepas itu, kenal pasti isi-isi yang penting. Garis isi- isi yang penting supaya dapat membuat rujukan dengan cepat.
  •  Nomborkan isi- isi utama yang digariskan tadi. Sebaik-baiknya, isi tersebut disusun semula supaya isi-isi ya berkaitan dan berurutan.
  • Kemudian tulislah semua isi-isi tersebut dengan perkataan sendiri dan bukan gaya bahasa teks asal.
  • Pasti kan jumlah perkataan yang digunakan tidak melebihi had yang ditentukan.
  • Semasa menulis gunakan bahasa yang ringkas dan padat. Bahasa yang berbunga- bunga dan tidak tepat harus dielakkan.
  • Untuk kesinambungan idea, gunakanlah penanda wacana yang sesuai. Contohnya: selain itu, walau bagaimana pun, namun begitu, sebaliknya.
  • Tuliskan satu isi dalam satu ayat. Namun, isi- isi yang berkaitan boleh digabungkan untuk membentuk satu ayat yang padat.
  • Perkara- perkara yang tidak dinyatakan dalam teks asal tidak boleh dimasukkan ke dalam ringkasan awda.
  • Setelah  itu, buatlah pengiraan dan catatkan jumlah perkataan di sudut kanan bawah ringkasan awda.
  • Sebagai langkah terakhir, semak kerja awda dan pastikan ringkasan awda tidak mengandungi kesalahan ejaan dan tatabahasa.




PENGIRAAN JUMLAH PERKATAAN


Semua aspek yang disenaraikan di bawah adalah dikira sebagai satu perkataan.


  • Kata Nama Khas. Contoh: Negara Brunei Darussalam, Sekolah Menengah Sayyidina Ali. 
  • Kata Sendi. Contoh: di (1 patah perkataan), di sana (2 patah perkataan) 
  • Kata Ganda. Contoh: gunung-ganang, murid-murid. 
  • Peribahasa, ungkapan, dan cogan kata. Contoh: ada hati, seperti aur dengan tebing, pandu cermat jiwa selamat. 
  • Tarikh dan angka. Contoh: 1000 (1 patah perkataan), 8 September 2011 (1 patah perkataan). 
  • Kata Majmuk. Contoh: tunjuk ajar, bercampur aduk, mengambil kira 
  • Gelaran. Contoh: Yang Berhormat (1 patah perkataan), Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (1 patah perkataan).

Penanda wacana tidak dikira sebagai satu patah perkataan. Contohnya:
  •   ‘selain itu’ (2 patah perkataan).
  •   ‘di samping itu’ (3 patah perkataan).
  •   ‘Walau bagaimanapun’ (2 patah perkataan).

Akhir sekali, para pelajar jangan lupa menulis bilangan perkataan di bahagian bawah sebelah kanan kertas jawapan anda.

 

CONTOH SOALAN

Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang kebaikan belajar secara berkumpulan. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Kita sering mendengar beberapa istilah seperti kumpulan perbincangan, study group, study circle, halaqah ataupun usrah. Pada umumnya, kumpulan perbincangan ini merupakan suatu kumpulan kecil individu yang ditubuhkan untuk membincangkan dan bertukar-tukar pendapat tentang perkara-perkara tertentu bagi kepentingan anggota kumpulan tersebut. Aktiviti ini dianggap suatu tradisi meningkatkan ilmu jika perbincangan itu dijalankan secara berkekalan.

Dalam proses memahami bahan-bahan yang kita peroleh daripada buku atau kuliah untuk disusun dalam bentuk lebih kemas, kita memerlukan perbincangan. Kerap kali kita mempunyai pecahan-pecahan ilmu yang terasing atau bahan yang berselerak dan kita tidak dapat mengaitkannya dengan konteks yang sebenarnya. Mungkin pecahan-pecahan yang kita miliki tidak cukup untuk kita kaitkan dan sambungkan sebagai satu kesatuan yang jitu.

Kita memerlukan orang lain untuk memberikan pecahan-pecahan yang tidak kita miliki itu dan menyusunnya sebagaimana isi kandungan itu seharusnya disusun. Tugas itu memerlukan perkongsian pendapat dengan rakan-rakan atau orang yang sama-sama mahu mendapatkan pengetahuan tersebut. Jikalau perbincangan itu disertai oleh orang yang lebih mahir dan pakar, kesan perbincangan itu lebih bermakna.

Apabila kita bekerja dengan orang lain, kadar kepantasan kita akan meningkat. Hal ini demikian kerana adanya unsur-unsur persaingan dan tentulah kita mahu mengemukakan pendapat yang terbaik dan sumbangan yang bermanfaat kepada kumpulan. Dengan demkian kita akan membuat persediaan awal yang bersungguh-sungguh untuk menyayakan perbincangan itu.

Namun begitu, kumpulan perbincangan itu ada juga keburukannya. Bagi sesuatu perkara yang rumit dan memerlukan kebolehan intelektual, perbincangan lebih banyak memberikan gangguan dan akhirnya objektif pembelajaran tidak tercapai.

(lebih kurang 300 patah perkataan )


CONTOH JAWAPAN :

Kumpulan perbincangan diadakan bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat tentang sesuatu perkara dalam kalangan ahli. Melalui aktiviti ini, pemahaman tentang sesuatu perkara dapat dipertingkatkan. Nota hasil pembelajaran dapat disusun dengan rapi. Ada rakan-rakan yang dapat menjelaskan sesuatu perkara yang sukar difahami dengan terperinci. Selain itu, nota pelajaran juga dapat disusun mengikut urutan yang tepat. Semua ahli kumpulan mendapat faedah hasil daripada perbincangan yang dilakukan. Akhir sekali kumpulan perbincangan dapat meningkatkan kecekapan bekerja setiap ahli kumpulan.
                                                                                                                                
( 80 patah perkataan)   

Nota kaki : 
Pengiraan jumlah perkataan bergantung pada kehendak soalan. Oleh itu penting bagi pelajar membaca dan memahami kehendak soalan terlebih dahulu sebelum menjawab soalan peperiksaan. 
SPE = 70 patah perkataan
O LEVEL= 100 patah perkataan.        


                                                                         

30 ulasan:

  1. assmkm cg, macam mna nk bezakan ayat utama dan ayat penerangan??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cerita ini mengisahkan pengalaman watak utama iaitu Kamarul seorang pelajar tingkatan 5 yang berjaya dalam acara sukan olahraga. Beliau perah terpilih mewakili negara dalam kejohanan sukan SEA di Brunei. Kamarul terpilih untuk mewakili negara dalam kejohanan sukan SEA di Bangkok dua bulan lagi. Dia dilatih oleh Encik Kadir. Kejayaan ini telah menjadikan Kamarul dikenali ramai, disanjung dan popular. Walau bagaimanapun, di sebalik kejayaan ini sikap Kamarul pada pandangan kawan-kawannya sudah berubah. Kamarul bersikap sombong, ego, menjauhkan diri daripada kawan-kawan, malah tidak berdisiplin menjalani latihan di bawah bimbingan Encik Kadir. Akibat sikapnya yang rendah moral itu, Kamarul ditegur oleh kawan baiknya Saridah. Teguran Saridah menjadi punca dia menyepikan diri daripada Saridah. Kamarul juga menunjukkan sikap tidak menghormati jurulatihnya. Teguran-teguran yang diberikan oleh Encik Kadir dibalas dengan jawapan dan tindakan yang tidak bermoral. Suatu hari, dalam perjalanan balik daripada latihan Kamarul dilanggar kereta. Dia dimasukkan ke hospital. Sepanjang berada di hospital, Encik Kadir dan Saridah tetap menziarahi Kamarul. Sikap bertanggungjawab Encik Kadir dan keprihatinan Saridah menjadikan titik mula Kamarul insaf dan berubah sikap. Setelah sembuh daripada kecederaan, Kamarul menjalani semula latihan di bawah bimbingan Encik Kadir. Hubungan Kamarul dengan Encik Kadir bertambah baik. Hasrat Kamarul untuk mewakili nergara telah direstui pihak sekolah. Kamarul dan delegasi Malaysia berlepas ke Bangkok untuk menyertai kejohanan sukan SEA ke-14 di Bangkok. Di Bangkok, Kamarul mengambil kesempatan bertemu De Wega, atlit sukan lari Filipina yang terkenal. Berita tentang Kamarul sebagai atlit Malaysia tersiar dalam media massa di Bangkok. Dalam acara lari 100m dan 400m kejohanan tersebut Kamarul berjaya meraih pingat emas. Kejayaan Kamarul mendapat pujian dan ucapan daripada Encik Kadir dan rakan-rakan, termasuk rakan-rakan sekelasnya di Malaysia. Kamarul mengucapkan terima kasih atas bimbingan yang diberikan oleh Encik Kadir dan menjadi pendorong kejayaan. Kamarul terkejut dan terharu apabila Encik Kadir menyatakan hasrat untuk
      bersara. Setelah kejohanan Sukan SEA tamat, Kamarul dan delegasi Malaysia berangkat pulang ke Malaysia membawa kejayaan cemerlang untuk negara, sekolah dan untuk dirinya sendiri. Di lapangan terbang Kamarul telah disambut meriah dengan ucapan tahniah daripada ibu bapa dan rakan-rakannya

      Padam
  2. Assalamualaikum Cikgu, terima kasih kerana cikgu telah membuat blog yang amat berguna ini. Senang nak buat ulangkaji.

    BalasPadam
  3. Assalamualikum cikgu,terima kasih kerana membuat blog ini ia adalah bagus bagi penuntut yang akan menghadapi peperiksaan SPE akhir kata saya amat berbesar hati

    BalasPadam
  4. I miss rizal, siapa terjumpa ia call aku ya

    BalasPadam
  5. assalamualaikum cg , blog ini memang berguna untuk kami sebagai seorang pelajar

    BalasPadam
  6. saya #MaeveMain #BeProud

    BalasPadam
  7. Bagaimana jika perkataan di dalam perenggan kita terlebih daripada maksimum perkataan

    BalasPadam
  8. Berapa point isi penting yang perlu dicari bagi setiap ringkasan?

    BalasPadam
  9. terima kasih perkongsian nota...izikan saya menggunakannya...

    BalasPadam