Isnin, 21 Januari 2013

KATA GANTI NAMA DIRI



  • Kata ganti nama diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang.
  • Kata ganti nama diri terdiri daripada bentuk tunggal ( satu ) dan bentuk jamak ( banyak ).
  • Kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga iaitu:

  1. Kata ganti nama diri pertama
  2. Kata ganti nama diri kedua
  3. Kata ganti nama diri ketiga

  • Kata ganti nama diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap
  • Kata ganti nama diri kedua digunakan untuk merujuk kepada diri orang yang bercakap dengan kita.
  • Kata ganti nama ketiga ialah kata yang digunakan kepada orang yang dicakapkan halnya.


Kata ganti nama diri pertama

Penggunaan
Contoh ayat
Saya ( tunggal )
Digunakan untuk bercakap dengan orang yang baru dikenali, teman-teman dalam suasana yang rasmi.
“Saya datang dari Brunei” kata Suzi kepada kawan barunya.
Aku (tunggal )
Digunakan ketika bercakap dengan orang yang sangat rapat atau dengan Tuhan.
“Ya Allah, berikan aku semanagat untuk hidup”.
Beta (tunggal)
Digunakan oleh raja atau sultan ketika bertitah kepada rakyat.
“Beta akan berangkat esok.” Titah Sultan Mahmud.
Patik ( tunggal )
Digunakan oleh orang biasa ketika bercakap dengan raja atau sultan.
“Patik mohon ampun, tuanku” kata Laksamana Hang Tuah.
Hamba ( tunggal)
Merujuk kepada diri sendiri pada zaman dahulu.
“Boleh hamba bantu?” Tanya Ali.
Kami ( jamak )
Merujuk kepada orang yang bercakap dengan temannya (ramai ) tetapi tidak termasuk orang yang diajak bercakap.
“kami hendak ke perpustakaan, cikgu” Rozi berkata mewakili kawan-kawan kelasnya.
Kita ( jamak )
Merujuk diri sendiri (secara ramai ) termasuk orang yang diajak bercakap.
Kita perlu bersama-sama berjuang untuk kemerdekaan.


Kata ganti nama diri kedua

Penggunaan
Contoh ayat
Anda / Awda ( tunggal )
Digunakan ketika tidak ada hubungan langsung atau tidak berdepan dengan kita seperti surat- menyurat.
Jauhkan diri awda/anda dari rokok.
Kamu (tunggal )
Digunakan ketika berhadapan dengan orang yang rapat hubungannya dengan kita seperti rakan sebaya.
“Terima kasih kerana kamu sanggup membantu saya” kata Janita.
Awak (tunggal )
Digunakan untuk merujuk kepada diri orang kedua yang akrab hubungannya dengan kita atau orang atasan kepada orang bawahan.
“Hadiah ini khas untuk awak” kata si suami kepada si isteri.
Engkau ( tunggal )
Digunakan untuk merujuk diri orang kedua yang rapat dengan kita atau Tuhan.
Ya Allah, Engkaulah Yang Esa.
Tuanku ( tunggal )
Digunakan ketika bercakap dengan sultan atau raja.
“Ampun tuanku, beribu-ribu ampun” kata Laksamana Hang Tuah.
Kalian ( jamak )
Digunakan untuk sekumpulan orang yang diajak bercakap.
“ Kalian hendak ke mana?”


Kata ganti nama diri ketiga

Penggunaan
Contoh ayat
Dia/ia ( tunggal )
Digunakan untuk merujuk diri orang ketiga
Dia seorang yang baik hati.
Ahmad sakit. IA berehat di rumah.
Beliau ( tunggal )
Digunakan untuk diri orang ketiga yang dihormati.
Pengetua sekolah itu disangjungi kerana beliau seorang yang baik hati.
Baginda ( tunggal )
Digunakan untuk sultan atau raja.
Baginda ialah Sultan Brunei yang terkenal.
Mereka ( jamak )
Digunakan untuk diri orang ketiga yang bilangannya lebih dari satu.
Semua murid bersenam walaupun mereka penat.

Kata ganti nama diri singkat

  • Kata ganti nama diri singkat merupakan kata ganti nama penuh yang disingkatkan.
  • Makna kata ganti nama diri singkat sama dengan kata ganti nama diri penuh.
  • Kata ganti nama diri singkat mesti dicantumkan dengan perkataan lain yang mengikutinya.
  • Kata ganti nama diri singkat terdiri daripada ku,mu,kau dan nya.


Kata ganti nama diri singkat
Penggunaan
Contoh ayat
Ku (aku)
Boleh dicantumkan pada awal kata atau akhir kata
Tempat lahirku ialah Perak.
Mu ( kamu )
Dicantumkan pada akhir kata
Saya akan memberitahu keinginanmu pada abang.
Kau ( engkau )
Dicantumkan pada awal kata
Sanggupkah kau pergi ke sana?
Nya ( dia/ia )
Dicantumkan pada akhir kata
Bajunya basah kerana hujan tadi.

24 ulasan:

  1. sanggupkah kau pergi ke sana? tidak cantum dengan perkataan~

    BalasPadam
  2. Tatabahasa yang saya tak pernah faham sekarang dah faham. Terima kasih Cikgu Farah,cikgu banyak membantu saya. :3

    BalasPadam
  3. Terima kasih Cikgu Farah..sekarang saya boleh siapkan kerja rumah dengan mudah😊(⌒o⌒)

    BalasPadam
  4. Boleh tak tolong kemukakan pendapat anda tentang isy kebersihan dengan menggunakan kata ganti nama diri yang sesuai

    BalasPadam
  5. https://www.malaysiakini.com/news/465653

    BalasPadam
  6. Terima kasih cikgu farah kerana cikgu farah banyak tolong saya

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah, terima Kasih cikgu Farah

    BalasPadam
  9. 👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍👍

    BalasPadam
  10. sfdtvujhkufyukgbiguikjiulfkuiyhtgddsdsaghjmhki,

    BalasPadam
  11. kami mesti siapkan kerja pada petang ini, kata ketua pekerja itu

    BalasPadam
    Balasan
    1. "Kamu mesti siapkan kerja pada petang ini,"kata ketua pekerja itu.

      Padam
  12. Assalamualaikum cikgu.. Ada tak kata singkat bagi jamak spt mereka. Contoh ayat : ada tiga lelaki quraisy yang mana wajah mereka (wajahnya)paling tampan

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum wbt cikgu. Saya mohon keizinan cikgu untuk menyalin bahan ilmu ini.
    Terima kasih.

    BalasPadam
  14. Thanks cikgu Farah,ilmu Yang sangat bermanfaat 👍👍

    BalasPadam
  15. You are so beutyfull..to me...can you see?

    BalasPadam
  16. Selamat pagi nak belajar ada tak faham kata ganti diri

    BalasPadam
  17. Salaam, typo ejaan sanjung (sangjung). Terima kasih atas perkongsian.

    BalasPadam