Sabtu, 26 Januari 2013

KATA ADJEKTIF


  • Kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda atau kata nama.
  • Kata adjektif juga dikenali sebagai kata sifat.
  • Kata adjektif boleh disertai kata penguat seperti sangat, sungguh, amat, agak, paling, terlalu dan nian.
  • Kata adjektif boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti yang berikut.


Jenis
Contoh
Ayat
Sifat/ keadaan
Takut, malas, pandai, baik, berani
Dia takut berada di rumah seorang diri pada waktu malam.
warna
Putih, merah, hijau, kuning, biru
Kakak suka memakai kasut yang berwarna merah.
ukuran
Pendek, besar, nipis, tinggi, kerdil
Rumah banglo itu sangat besar dan cantik.
bentuk
Bulat, bujur, lurus, kempis, leper
Jalan raya itu lurus dan licin.
pancaindera
Lazat, harum, manis, kelat, hanyir
Masakan ibu sangat sedap.
waktu
Baru, lama, segera, awal, silam
Kerja sekolah itu harus disiapkan dengan segera.
jarak


perasaan
Gembira, benci, malu, rindu, sayang
Saya rindu pada adik saya yang berada di Australia.

Nota :

  • Kata adjektif juga boleh disertai dengan imbuhan:


Imbuhan Awalan se- :
Contoh : Mei Lin secantik kakaknya.

Imbuhan awalan ter- :
Bangunan pencakar langit itu tertinggi di Asia Tenggara.

Imbuhan apitan ke……an
Contoh : Cara pakaiannya yang bersifat kecinaan itu dipuji oleh kekasihnya.


Rabu, 23 Januari 2013

KATA NAMA TERBITAN


Kata Nama Terbitan

Kata nama terbitan ialah perkataan yang terbit daripada kata kerja, kata adjektif, kata nama dan kata sendi nama. Kata-kata itu berfungsi sebagai kata dasar yang boleh disesuaikan dengan imbuhan yang boleh membentuk kata nama seperti
Imuhan pe-
Imbuhan ke-
Imbuhan pe-…-an
Imbuhan ke-…-an
Imbuhan –an

Kata nama
Kata adjektif
Wang – kewangan
Laut-lautan
Raja-kerajaan
Besar – kebesaran
Malas –pemalas
Pandai- kepandaian
Kata kerja
Kata sendi nama
Main-permainan
Makan-makanan
Curi-kecurian
Untuk – peruntukan
Oleh-perolehan
Umpama -perumpamaan

Penggunaan dalam ayat

      Sektor perindustrian negara sedang berkembang pesat.
      Rashid menang dalam perlawanan itu.
      Saya terpegun melihat sawah padi yang terbentang luas seperti lautan.

Isnin, 21 Januari 2013

KATA GANTI NAMA DIRI



  • Kata ganti nama diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang.
  • Kata ganti nama diri terdiri daripada bentuk tunggal ( satu ) dan bentuk jamak ( banyak ).
  • Kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga iaitu:

  1. Kata ganti nama diri pertama
  2. Kata ganti nama diri kedua
  3. Kata ganti nama diri ketiga

  • Kata ganti nama diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap
  • Kata ganti nama diri kedua digunakan untuk merujuk kepada diri orang yang bercakap dengan kita.
  • Kata ganti nama ketiga ialah kata yang digunakan kepada orang yang dicakapkan halnya.


Kata ganti nama diri pertama

Penggunaan
Contoh ayat
Saya ( tunggal )
Digunakan untuk bercakap dengan orang yang baru dikenali, teman-teman dalam suasana yang rasmi.
“Saya datang dari Brunei” kata Suzi kepada kawan barunya.
Aku (tunggal )
Digunakan ketika bercakap dengan orang yang sangat rapat atau dengan Tuhan.
“Ya Allah, berikan aku semanagat untuk hidup”.
Beta (tunggal)
Digunakan oleh raja atau sultan ketika bertitah kepada rakyat.
“Beta akan berangkat esok.” Titah Sultan Mahmud.
Patik ( tunggal )
Digunakan oleh orang biasa ketika bercakap dengan raja atau sultan.
“Patik mohon ampun, tuanku” kata Laksamana Hang Tuah.
Hamba ( tunggal)
Merujuk kepada diri sendiri pada zaman dahulu.
“Boleh hamba bantu?” Tanya Ali.
Kami ( jamak )
Merujuk kepada orang yang bercakap dengan temannya (ramai ) tetapi tidak termasuk orang yang diajak bercakap.
“kami hendak ke perpustakaan, cikgu” Rozi berkata mewakili kawan-kawan kelasnya.
Kita ( jamak )
Merujuk diri sendiri (secara ramai ) termasuk orang yang diajak bercakap.
Kita perlu bersama-sama berjuang untuk kemerdekaan.


Kata ganti nama diri kedua

Penggunaan
Contoh ayat
Anda / Awda ( tunggal )
Digunakan ketika tidak ada hubungan langsung atau tidak berdepan dengan kita seperti surat- menyurat.
Jauhkan diri awda/anda dari rokok.
Kamu (tunggal )
Digunakan ketika berhadapan dengan orang yang rapat hubungannya dengan kita seperti rakan sebaya.
“Terima kasih kerana kamu sanggup membantu saya” kata Janita.
Awak (tunggal )
Digunakan untuk merujuk kepada diri orang kedua yang akrab hubungannya dengan kita atau orang atasan kepada orang bawahan.
“Hadiah ini khas untuk awak” kata si suami kepada si isteri.
Engkau ( tunggal )
Digunakan untuk merujuk diri orang kedua yang rapat dengan kita atau Tuhan.
Ya Allah, Engkaulah Yang Esa.
Tuanku ( tunggal )
Digunakan ketika bercakap dengan sultan atau raja.
“Ampun tuanku, beribu-ribu ampun” kata Laksamana Hang Tuah.
Kalian ( jamak )
Digunakan untuk sekumpulan orang yang diajak bercakap.
“ Kalian hendak ke mana?”


Kata ganti nama diri ketiga

Penggunaan
Contoh ayat
Dia/ia ( tunggal )
Digunakan untuk merujuk diri orang ketiga
Dia seorang yang baik hati.
Ahmad sakit. IA berehat di rumah.
Beliau ( tunggal )
Digunakan untuk diri orang ketiga yang dihormati.
Pengetua sekolah itu disangjungi kerana beliau seorang yang baik hati.
Baginda ( tunggal )
Digunakan untuk sultan atau raja.
Baginda ialah Sultan Brunei yang terkenal.
Mereka ( jamak )
Digunakan untuk diri orang ketiga yang bilangannya lebih dari satu.
Semua murid bersenam walaupun mereka penat.

Kata ganti nama diri singkat

  • Kata ganti nama diri singkat merupakan kata ganti nama penuh yang disingkatkan.
  • Makna kata ganti nama diri singkat sama dengan kata ganti nama diri penuh.
  • Kata ganti nama diri singkat mesti dicantumkan dengan perkataan lain yang mengikutinya.
  • Kata ganti nama diri singkat terdiri daripada ku,mu,kau dan nya.


Kata ganti nama diri singkat
Penggunaan
Contoh ayat
Ku (aku)
Boleh dicantumkan pada awal kata atau akhir kata
Tempat lahirku ialah Perak.
Mu ( kamu )
Dicantumkan pada akhir kata
Saya akan memberitahu keinginanmu pada abang.
Kau ( engkau )
Dicantumkan pada awal kata
Sanggupkah kau pergi ke sana?
Nya ( dia/ia )
Dicantumkan pada akhir kata
Bajunya basah kerana hujan tadi.

Jumaat, 18 Januari 2013

KATA MAJMUK

Di dalam buku Tatabahasa Dewan ada 30 buah kata majmuk yang dieja sebagai satu perkataan iaitu:



antarabangsa
apabila
apahal
apakala
apalagi
bagaimana
barangkali
beritahu
bumiputera
darihal
daripada
dukacita
jawatankuasa
kakitangan
kepada
kerjasama
manakala
manalagi
olahraga
padahal
pesuruhjaya
sediakala
setiausaha
sukarela
suruhanjaya
tandatangan
tanggungjawab
warganegara




Ahad, 13 Januari 2013

KATA NAMA AM DAN KATA NAMA KHAS (TAHUN 9)

Nota Penting :
Kata Nama ialah perkataan yang digunakan untuk menamakan manusia, binatang, tempat, benda atau konsep.



Kata Nama Am
  • Kata Nama Am merujuk kepada sesuatu benda, perkara atau konsep yang bersifat umum.
  • Kata Nama Am terbahagi kepada Kata Nama Am Hidup Dan Kata Nama Am Tak Hidup.
KATA NAMA AM
KATA NAMA HIDUP
KATA NAMA AM TAK HIDUP
KATA NAMA AM HIDUP MANUSIA
KATA NAMA AM HIDUP BUKAN MANUSIA
KATA NAMA AM TAK HIDUP KONKRIT
KATA NAMA AM TAK HIDUP ABSTRAK


Jenis Kata Nama Am
Contoh
Kata Nama Am Hidup
            Kata Nama Am Hidup Manusia
Ia ialah jenis kata nama yang merujuk kepada manusia secara amnya.
            Kata Nama Am Hidup Bukan Manusia
Ia ialah jenis kata nama yang merujuk kepada benda-benda hidup (selain daripada manusia) secara amnya.



Bapa,guru,peladang,abang,kanak-kanak.


Ayam,anjing,lipas,bidadari,jin,pokok,rumput.
Kata Nama Am Tak Hidup
            Kata Nama Am Tak Hidup Konkrit
Ia ialah jenis kata nama am merujuk kepada sesuatu benda yang dapat dilihat dan dipegang.
           Kata Nama am Tak hidup Abstrak
Ia ialah jenis kata nama yang merujuk kepada sesuatu konsep mujarad atau bukan kebendaan yang membawa makna yang am.



Padang,bintang,kereta,rumah,duit,bandar.


Kebebasan,pagi,gambaran,demokrasi,senyuman,
janji,cinta.




Kata Nama Khas
  • Kata Nama Khas ialah perkataan yang membawa makna khusus kepada sesuatu nama orang, benda, binatang atau tempat.
  • Huruf pertama untuk Kata Nama Khas mesti bermula dengan huruf besar.
  • Kata Nama Khas terbahagi kepada dua jenis, iaitu Kata Nama Khas Hidup dan Kata Nama Khas Tak Hidup.
Kata Nama Khas
Kata Nama Khas Hidup
Kata Nama Khas Tak Hidup
Kata Nama Khas Hidup Manusia
Kata nama Khas Hidup Bukan Manusia



Jenis Kata Nama Khas
Contoh
Kata Nama Khas Hidup
            Kata Nama Khas Hidup Manusia
Ia ialah jenis kata nama yang merujuk kepada manusia secara khasnya.
            Kata nama khas hidup Bukan Manusia
Ia ialah jenis kata nama merujuk kepada benda yang hidup (selain daripada manusia ) seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan secara khasnya.



Talib, Encik Lim, Pak PAndir, Sultan Mahmud.


Haiwan- Sang Kancil, Harimau
Tumbuhan – Ananas Comosus (nenas)

Kata Nama Khas Tak Hidup
Ia ialah jenis kata nama khas merujuk kepada sesuatu yang tidak bernyawa seperti nama benda, negara,bahasa,pangkat,tempat dan sebagainya.


Jepun, Toyota Vios, Bahasa Inggeris, Rolex