Pengenalan:
Apakah tujuan ringkasan ?
- Menguji kebolehan pelajar membuat ringkasan / nota.
- Menguji pemahaman pelajar terhadap teks yang dibacanya.
- Membolehkan seseorang pelajar mengetahui sesuatu cerita dengan cepat.
- Dapat mengarang semula petikan dengan menggunakan ayat sendiri.
Konsep ringkasan :
- Meringkaskan berdasarkan petikan rencana, cerita atau berita.
- Tujuan meringkas karangan adalah untuk menguji kemahiran mengenal pasti isi-isi penting.
- Pembahagian markah dibuat berdasarkan ketepatan isi, kebakuan bahasa dan kejalinan idea ( teknik)
- Markah akan ditolak jika melakukan kesalahan ejaan dan menulis melebihi had perkataan yang ditetapkan.
- Ringkasan yang dihasilkan melalui salinan ayat demi ayat daripada petikan asal tidak digalakkan bahkan penggunaan ayat sendiri sangat diberikan perhatian.
Proses/format meringkas karangan :
- Baca keseluruhan petikan rencana sebanyak dua kali (sekurang-kurangnya) untuk memahami maksud keseluruhan teks.
- Tentukan tema/pokok persoalan petikan.
- Selepas itu, kenal pasti isi-isi yang penting. Garis isi- isi yang penting supaya dapat membuat rujukan dengan cepat.
- Nomborkan isi- isi utama yang digariskan tadi. Sebaik-baiknya, isi tersebut disusun semula supaya isi-isi ya berkaitan dan berurutan.
- Kemudian tulislah semua isi-isi tersebut dengan perkataan sendiri dan bukan gaya bahasa teks asal.
- Pasti kan jumlah perkataan yang digunakan tidak melebihi had yang ditentukan.
- Semasa menulis gunakan bahasa yang ringkas dan padat. Bahasa yang berbunga- bunga dan tidak tepat harus dielakkan.
- Untuk kesinambungan idea, gunakanlah penanda wacana yang sesuai. Contohnya: selain itu, walau bagaimana pun, namun begitu, sebaliknya.
- Tuliskan satu isi dalam satu ayat. Namun, isi- isi yang berkaitan boleh digabungkan untuk membentuk satu ayat yang padat.
- Perkara- perkara yang tidak dinyatakan dalam teks asal tidak boleh dimasukkan ke dalam ringkasan awda.
- Setelah itu, buatlah pengiraan dan catatkan jumlah perkataan di sudut kanan bawah ringkasan awda.
- Sebagai langkah terakhir, semak kerja awda dan pastikan ringkasan awda tidak mengandungi kesalahan ejaan dan tatabahasa.
PENGIRAAN JUMLAH PERKATAAN
Semua aspek yang disenaraikan di bawah adalah dikira sebagai satu
perkataan.
-
Kata Nama Khas. Contoh: Negara Brunei Darussalam,
Sekolah Menengah Sayyidina Ali.
- Kata Sendi. Contoh: di (1 patah perkataan), di sana
(2 patah perkataan)
- Kata Ganda. Contoh: gunung-ganang, murid-murid.
- Peribahasa, ungkapan, dan cogan kata. Contoh: ada
hati, seperti aur dengan tebing, pandu cermat jiwa selamat.
- Tarikh dan angka. Contoh: 1000 (1 patah perkataan),
8 September 2011 (1 patah perkataan).
- Kata Majmuk. Contoh: tunjuk ajar, bercampur aduk,
mengambil kira
- Gelaran. Contoh: Yang Berhormat (1 patah perkataan), Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong (1 patah perkataan).
Penanda wacana tidak dikira sebagai satu patah perkataan. Contohnya:
- ‘selain itu’ (2 patah perkataan).
- ‘di samping itu’ (3 patah perkataan).
- ‘Walau bagaimanapun’ (2 patah perkataan).
Akhir sekali, para pelajar jangan lupa menulis bilangan perkataan di bahagian bawah sebelah kanan kertas jawapan anda.
CONTOH SOALAN
Baca petikan di bawah dengan teliti
dan tulis sebuah ringkasan tentang kebaikan belajar secara berkumpulan. Panjang
ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan
menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Kita sering mendengar beberapa
istilah seperti kumpulan perbincangan, study group, study circle, halaqah
ataupun usrah. Pada umumnya, kumpulan perbincangan ini merupakan suatu kumpulan
kecil individu yang ditubuhkan untuk membincangkan dan bertukar-tukar pendapat
tentang perkara-perkara tertentu bagi kepentingan anggota kumpulan tersebut.
Aktiviti ini dianggap suatu tradisi meningkatkan ilmu jika perbincangan itu
dijalankan secara berkekalan.
Dalam proses memahami bahan-bahan
yang kita peroleh daripada buku atau kuliah untuk disusun dalam bentuk lebih
kemas, kita memerlukan perbincangan. Kerap kali kita mempunyai pecahan-pecahan
ilmu yang terasing atau bahan yang berselerak dan kita tidak dapat
mengaitkannya dengan konteks yang sebenarnya. Mungkin pecahan-pecahan yang kita
miliki tidak cukup untuk kita kaitkan dan sambungkan sebagai satu kesatuan yang
jitu.
Kita memerlukan orang lain untuk
memberikan pecahan-pecahan yang tidak kita miliki itu dan menyusunnya
sebagaimana isi kandungan itu seharusnya disusun. Tugas itu memerlukan
perkongsian pendapat dengan rakan-rakan atau orang yang sama-sama mahu mendapatkan
pengetahuan tersebut. Jikalau perbincangan itu disertai oleh orang yang lebih
mahir dan pakar, kesan perbincangan itu lebih bermakna.
Apabila kita bekerja dengan orang
lain, kadar kepantasan kita akan meningkat. Hal ini demikian kerana adanya unsur-unsur
persaingan dan tentulah kita mahu mengemukakan pendapat yang terbaik dan
sumbangan yang bermanfaat kepada kumpulan. Dengan demkian kita akan membuat
persediaan awal yang bersungguh-sungguh untuk menyayakan perbincangan itu.
Namun begitu, kumpulan perbincangan
itu ada juga keburukannya. Bagi sesuatu perkara yang rumit dan memerlukan
kebolehan intelektual, perbincangan lebih banyak memberikan gangguan dan
akhirnya objektif pembelajaran tidak tercapai.
(lebih kurang 300 patah perkataan )
CONTOH JAWAPAN :
Kumpulan perbincangan diadakan
bertujuan untuk bertukar-tukar pendapat tentang sesuatu perkara dalam kalangan
ahli. Melalui aktiviti ini, pemahaman tentang sesuatu perkara dapat
dipertingkatkan. Nota hasil pembelajaran dapat disusun dengan rapi. Ada
rakan-rakan yang dapat menjelaskan sesuatu perkara yang sukar difahami dengan
terperinci. Selain itu, nota pelajaran juga dapat disusun mengikut urutan yang
tepat. Semua ahli kumpulan mendapat faedah hasil daripada perbincangan yang
dilakukan. Akhir sekali kumpulan perbincangan dapat meningkatkan kecekapan
bekerja setiap ahli kumpulan.
( 80 patah perkataan)
Nota kaki :
Pengiraan jumlah perkataan bergantung pada kehendak soalan. Oleh itu penting bagi pelajar membaca dan memahami kehendak soalan terlebih dahulu sebelum menjawab soalan peperiksaan.
SPE = 70 patah perkataan
O LEVEL= 100 patah perkataan.
assmkm cg, macam mna nk bezakan ayat utama dan ayat penerangan??
BalasPadamCerita ini mengisahkan pengalaman watak utama iaitu Kamarul seorang pelajar tingkatan 5 yang berjaya dalam acara sukan olahraga. Beliau perah terpilih mewakili negara dalam kejohanan sukan SEA di Brunei. Kamarul terpilih untuk mewakili negara dalam kejohanan sukan SEA di Bangkok dua bulan lagi. Dia dilatih oleh Encik Kadir. Kejayaan ini telah menjadikan Kamarul dikenali ramai, disanjung dan popular. Walau bagaimanapun, di sebalik kejayaan ini sikap Kamarul pada pandangan kawan-kawannya sudah berubah. Kamarul bersikap sombong, ego, menjauhkan diri daripada kawan-kawan, malah tidak berdisiplin menjalani latihan di bawah bimbingan Encik Kadir. Akibat sikapnya yang rendah moral itu, Kamarul ditegur oleh kawan baiknya Saridah. Teguran Saridah menjadi punca dia menyepikan diri daripada Saridah. Kamarul juga menunjukkan sikap tidak menghormati jurulatihnya. Teguran-teguran yang diberikan oleh Encik Kadir dibalas dengan jawapan dan tindakan yang tidak bermoral. Suatu hari, dalam perjalanan balik daripada latihan Kamarul dilanggar kereta. Dia dimasukkan ke hospital. Sepanjang berada di hospital, Encik Kadir dan Saridah tetap menziarahi Kamarul. Sikap bertanggungjawab Encik Kadir dan keprihatinan Saridah menjadikan titik mula Kamarul insaf dan berubah sikap. Setelah sembuh daripada kecederaan, Kamarul menjalani semula latihan di bawah bimbingan Encik Kadir. Hubungan Kamarul dengan Encik Kadir bertambah baik. Hasrat Kamarul untuk mewakili nergara telah direstui pihak sekolah. Kamarul dan delegasi Malaysia berlepas ke Bangkok untuk menyertai kejohanan sukan SEA ke-14 di Bangkok. Di Bangkok, Kamarul mengambil kesempatan bertemu De Wega, atlit sukan lari Filipina yang terkenal. Berita tentang Kamarul sebagai atlit Malaysia tersiar dalam media massa di Bangkok. Dalam acara lari 100m dan 400m kejohanan tersebut Kamarul berjaya meraih pingat emas. Kejayaan Kamarul mendapat pujian dan ucapan daripada Encik Kadir dan rakan-rakan, termasuk rakan-rakan sekelasnya di Malaysia. Kamarul mengucapkan terima kasih atas bimbingan yang diberikan oleh Encik Kadir dan menjadi pendorong kejayaan. Kamarul terkejut dan terharu apabila Encik Kadir menyatakan hasrat untuk
Padambersara. Setelah kejohanan Sukan SEA tamat, Kamarul dan delegasi Malaysia berangkat pulang ke Malaysia membawa kejayaan cemerlang untuk negara, sekolah dan untuk dirinya sendiri. Di lapangan terbang Kamarul telah disambut meriah dengan ucapan tahniah daripada ibu bapa dan rakan-rakannya
Assalamualaikum Cikgu, terima kasih kerana cikgu telah membuat blog yang amat berguna ini. Senang nak buat ulangkaji.
BalasPadamTerima kasih cikgu
PadamAssalamualikum cikgu,terima kasih kerana membuat blog ini ia adalah bagus bagi penuntut yang akan menghadapi peperiksaan SPE akhir kata saya amat berbesar hati
BalasPadammau kelahi?
BalasPadamawu eh
Padamsiapa jumpa c amir call aku
Padamdia
PadamI miss rizal, siapa terjumpa ia call aku ya
BalasPadamwaduh org soas ni
Padamani sayur ni
BalasPadamoi
BalasPadamassalamualaikum cg , blog ini memang berguna untuk kami sebagai seorang pelajar
BalasPadam10 adv a
BalasPadamAssalam Amir
PadamWassalam
Padamwaalaikumussalam bro
PadamApa khabar awak?
Padamsaya #MaeveMain #BeProud
BalasPadamBagaimana jika perkataan di dalam perenggan kita terlebih daripada maksimum perkataan
BalasPadamBerapa point isi penting yang perlu dicari bagi setiap ringkasan?
BalasPadamoy
BalasPadamNah ktara urg brunei
Padamsaya c amir
BalasPadamterima kasih perkongsian nota...izikan saya menggunakannya...
BalasPadam👍
BalasPadamtak tau
BalasPadamHai
BalasPadamterima kasih untuk nota
BalasPadamApadih kau ah
BalasPadamAduh patah perkataan lupa buat!!!!!!
BalasPadamYou're my sunshine ,my only sunshine
BalasPadamLMAOOO
PadamDudi dudi dam dam dudi dudi dam
BalasPadam