Penuntut boleh klik di sini untuk mengetahui sejarah ringkas Bahasa Klasik.
http://dermagabmk1.blogspot.com/2008/11/bahasa-melayu-klasik.html
http://dermagabmk1.blogspot.com/2008/11/bahasa-melayu-klasik.html
Sifat/Ciri-ciri bahasa klasik.
- Ayat-ayat bahasa klasik sebelumnya panjang dan berbelit-belit.
- Susuk ayat bahasa klasik banyak dipengaruhi oleh susuk ayat bahasa arab.
- Tanda baca selalunya tidak diletakkan dengan betul dan ada langsung yang tidak ada.
- Petikan banyak menggunakan perkataan seperti arakian, syahadan, hatta dan sebagainya.
- Kerap kali juga menggunakan perkataan yang tidak digunakan lagi seperti sahaya ( saya ), centera ( cerita ), khial ( khayal ) dan lain-lain lagi.
- Ayat bahasa klasik banyak menggunakan imbuhan ‘lah ‘ dan ‘pun’.
- Selalunya bahasa klasik banyak mendahulukan predikat baru diikuti dengan subjek. ( ayat songsang )
Cara memahami / proses / format memodenkan.
- Pelajar perlu ingat jawapan yang ditulis mestilah dalam bahasa melayu moden.
- Baca keseluruhan petikan sehingga faham.
- Gariskan perkataan-perkataan bahasa klasik yang dapat ditukarkan.
- Jangan menokok tambah butir-butir lain yang tiada dalam petikan bahasa klasik.
- Nama-nama khas jangan ditukar.
- Ketahui perbezaan di antara bahasa klasik dengan bahasa istana.
- Struktur ayat bahasa klasik bertentangan dengan bahasa moden. Sebagai contoh :
Bahasa klasik : Maka berangkatlah baginda ke
istana.
Bahasa moden : Lalu baginda berangkat ke
istana.
- Kekerapan menggunakan struktur ayat pasif dalam bahasa klasik sebagai contoh :
Bahasa klasik : maka oleh Hang Tuah dipalang kepala dua
orang yang mengamuk itu terbelah dua.
Bahasa moden : lalu Hang Tuah memarang kepala dua orang yang
mengamuk itu dan terbelah dua.
- Kekerapan menggunakan “pun’ dan ‘lah’, contoh :
Bahasa klasik : maka seketika itu pun
berputeralah tuan puteri itu seorang anak lelaki.
Bahas moden : Lalu seketika itu Tuan Puteri
melahirkan seorang anak laki-laki.
Perkara-perkara yang perlu dilakukan sebelum menjawab soalan memodenkan.
- Senaraikan dulu watak-watak dalam petikan prosa klasik tersebut. Pastikan kamu berjaya mengenal pasti beberapa watak yang mempunyai persamaan agar pemilihan ganti nama kamu tepat dan sesuai.
- Nyatakan latar tempat, iaitu tempat prosa klasik itu diceritakan.
- Nyatakan pokok persoalan yang ada dalam petikan tersebut.
- Buangkan perkataan klasik seperti ‘maka’, ‘arakian’, ‘syahadan’, ‘lah’,’pun’ ataupun perkataan yang tidak perlu.
- Perkataan klasik yang ada dalam petikan tersebut, perlulah ditukarkan kepada bahasa moden. Ini penting kerana jika kamu mengekalkan perkataan klasik tersebut, markah kamu akan dipotong kerana tidak menepati arahan soalan.
Contoh soalan : Pindahkan bahasa Melayu lama/klasik di bawah kepada bahasa Melayu moden.
Telah didengar oleh Raja Jin akan sembah Tuanku Malim Deman terlalu bijaksana pandai berkata-kata dengan halus manis serta pula lemah lembut aturannya, makin bertambah-tambah kasih sayangnya akan Tuanku Malim Deman. Maka Raja Jin pun lalu bertitah " Ayuhai anakanda, jika sekiranya anakanda hendak pergi ke mana-mana pun insya allah taala bolehlah ayahanda menyampaikan seperti maksud anakanda itu, akan tetapinya hendaklah anakanda berjanji dahulu dengan ayahanda".
Jawapan :
Setelah Raja Jin mendengar sembah Tuanku Malim Deman yang sangat sopan itu, perasaan simpati baginda makin bertambah lalu baginda bertitah akan menolong menyampaikan hajat Tuanku Malim Deman itu dengan syarat Tuanku Malim Deman mesti berjanji dengan baginda terlebih dahulu.