Sabtu, 16 Februari 2013

SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI

PANDUAN MENGARANG SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI:




  • Pada umumnya, surat kiriman tidak rasmi bersifat peribadi. Contohnya surat kepada rakan, saudara mara, ibu bapa, guru dan sebagainya.
  • Biasanya tujuan surat kiriman tidak rasmi adalah :
  1. bertanya khabar
  2. mengucapkan tahniah atau takziah
  3. menjemput atau mengundang
  4. memberikan nasihat

FORMAT PENULISAN SURAT KIRIMAN TIDAK RASMI 

Alamat pengirim
Ditulis di bahagian atas sebelah kanan surat.

Tarikh
Terletak di bawah alamat pengirim dan diletakkan noktah di hujungnya.

Pembuka kata
Di tulis ke dalam sedikit selepas tarikh dengan selang satu atau dua baris.

Kata ganti nama diri
Ditulis di sebelah kiri surat.

Isi surat
Dibahagikan kepada beberapa perenggan.

Penutup
Mestilah sejajar dengan pembuka kata.

Pengakuan pengirim
Ditulis di sebelah kanan bahagian bawah surat. Pengakuan pengirim hendaklah ditulis selang dua atau tiga baris. Huruf awal ditulis dengan huruf besar.

Tanda tangan
Diletak di bawah rangkai kata pengakuan pengirim. 


Ahad, 10 Februari 2013

KATA KERJA ( TRANSITIF & TAK TRANSITIF )

Kata kerja ialah kata yang digunakan untuk menerangkan sesuatu perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu oleh manusia, haiwan atau benda.


Kata kerja terditi daripada :
  • Kata kerja transitif
  • Kata kerja tak transitif

KATA KERJA TRANSITIF
  • Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh objek yang terdiri daripada frasa nama sebagai predikat dalam ayat.

Contoh ayat :
Kakak suka membaca buku.
(Kata kerja “membaca mesti disertai dengan objek, iaitu “buku” supaya maksud ayat ini lengkap)
Emak sedang mencuci baju.
(Kata kerja “mencuci” mesti disertai dengan objek iaitu “ baju” supaya maksud ayat ini lengkap)
  • Terdapat beberapa bentuk kata kerja transitif, iaitu:


Bentuk Kata Kerja Transitif
Contoh
Contoh ayat
Kata kerja berawalan ter-
Terlanggar, tertelan, terpijak
Ibu tertelan tulang ikan.
Kata kerja berawalan meN-
Mencuci, menendang, memandu
Adik menendang bola di padang.
Kata kerja berapitan meN…-i
Menaiki,mendekati,
Amir menaiki bas ke sekolah.
Kata kerja berapitan meN…._kan
Mengemaskan, memasukkan
Profesor Ali mengemukakan idea yang bernas.
Kata kerja berawalan memper-
Memperbuat, memperlebar
Buruh-buruh itu sedang memperlebarkan jalan raya.
Kata kerja berapitan memper-….-i
Memperbaiki, mempelajari
Dia mempelajari bahasa asing.
Kata kerja berapitan memper-….-kan
Memperkanalkan, mempertemukan
Dia cuba mempertemukan ibu dan anak yang sudah lama terpisah itu.


KATA KERJA TAK TRANSITIF
  • Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang sempurna maknanya dengan tidak memerlukan objek.

Ayat contoh :
Ayah sedang tidur.
(kata kerja “tidur” jelas menunjukkan perbuatan ayah tidak memerlukan objek sebagai pelengkapnya)
  • Terdapat beberapa bentuk kata kerja :


Bentuk kata kerja Tak transitif
Contoh
Contoh ayat
Kata kerja tanpa imbuhan
Duduk, mandi ,tidur
Dia asyik tidur dari tadi.
Kata kerja berawalan beR-
Berjalan, bersenam
Adik berjalan menuju ke kantin.
Kata kerja berawalan meN-
Menyanyi, menangis
Lili menyanyi sambil menari.
Kata kerja berawalan teR-
Tersenyum, termenung
Wei Mun termenung memikirkan nasib diri.
Kata kerja berapitan ber-….-an
Bersalaman, berpelukan
Mereka berpelukan sebaik saja bertemu.


Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap.
  • Kata kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap ialah kata kerja yang boleh berdiri sendiri tanpa objek atau penyambut.

Contoh ayat : Mereka berdua asyik berbual.
Kata kerja tak transitif ini boleh diikuti oleh unsur keterangan yang berfungsi memberi maklumat tambahan.
Contoh ayat : Mereka berdua asyik berbual di dalam bilik.


Kata kerja tak transitif berpelengkap.

  • Kata kerja tak transitif berpelangkap ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat.
  • Perbezaan di antara pelengkap dengan objek atau penyambut ialah pelengkap hadir selepas kata kerja tak transitif untuk menyempurnakan maksud ayat manakala objek atau penyambut hanya hadir selepas kata kerja transitif dan boleh dipasifkan.
  • Unsur-unsur yang menjadi pelengkap ialah kata adjektif, frasa sendi nama dan kata nama.

Contoh ayat:
Kehidupannya menjadi semakin miskin. ( kata adjektif )
Mereka sekeluarga tinggal di Johor.(frasa sendi nama )
Pengemis itu tidur berselimutkan surat khabar. (kata nama )