Sabtu, 15 Oktober 2011

LATIHAN KEFAHAMAN


TAJUK : BAHAYA MEROKOK


Baca dan faham petikan di bawah dengan teliti kemudian jawab soalan-soalan berikut. Awda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.


Merokok merupakan perbuatan yang dikategorikan sebagai kesalahan utama di dalam kawasan sekolah. Apakah nikmatnya ketika merokok? Adakah ilham datang mencurah-curah atau asap rokok itu sebagai illusi yang membawa imaginasi jauh tanpa sempadan?

Ramai orang menyedari akan bahayanya merokok. Di kotak-kotak rokok pun telah dibuat amaran dan ingatan betapa merbahayanya merokok itu. Akan tetapi, bilangan perokok terus bertambah dan melibatkan berbagai-bagai lapisan masyarakat termasuklah golongan remaja.

Rokok diperbuat daripada sejenis  daun tembakau yang mengandungi bahan nikotin ( candu ) dan kaban monoksida. Ketiga-tiga bahan ini amat merbahaya kepada kesihatan tubuh badan. Nikotin merbahaya kepada jantung, urat saraf dan mengecutkan saluran darah, menyebabkan tekanan darah tinggi. Tar( candu ) boleh menyebabkan barah. Kaban monoksida boleh menyebabkan sakit jantung dan barah paru-paru.

Peribahasa bapa borek anak rintik menggambarkan pengaruh keluarga terhadap gejala merokok dalam kalangan remaja. Mana tidaknya, anggota keluarga terdekat yang merokok seperti ayah, abang dan kaum keluarga yang lain turut mendorong mereka untuk merokok. Hal ini menyebabkan remaja menganggap bahawa merokok bukan perbuatan yang salah. Ada juga sesetengah remaja beranggapan bahawa merokok sebagai trend terkini. 

Kajian menunjukkan sebanyak 75 peratus punca pelajar merokok adalah untuk mengelakkan tekanan termasuklah bebanan tugasan sekolah, harapan ibu bapa yang terlalu tinggi, ditambah dengan naluri remaja yang mahu mencuba, tunjuk pandai dan mahu bebas daripada kongkongan. Natijahnya, kesan jangka panjang kepada perokok adalah dari segi kesihatan terutamanya panyakit kanser dan berkaitan jantung. Malahan, gigi kuning berkarat, badan dan nafas berbau akibat banyak merokok.

( Dipetik dan diubah suai daripada ‘ Jangan Cuba-cuba merokok’, Dewan Siswa, Jun 2007)





Jawab soalan-soalan berikut :


1. Apakah maksud perkataan “ imaginasi” ? [1 markah]

2. Berikan maksud peribahasa “ bapa borek anak rintik” [ 1 markah ]

3. Berdasarkan petikan, nyatakan kesan-kesan merokok? [4 markah]

4. Pada pendapat anda , mengapakah kita perlu mencegah remaja daripada gejala merokok? [4 markah]

Selamat mencuba !!!